Khamis, 22 Disember 2022

Sampai bila rakyat mahu tonton sarkas Parlimen?

 Seorang rakan Facebook menulis: “On aje TV, rasa macam tengok sarkas pulak pagi ni!”

Ringkas sahaja tulisannya. Setiap orang yang membaca hantaran Facebook tersebut sudah tahu apa yang beliau maksudkan. Sarkas menurut Dewan Bahasa dan Pustaka membawa maksud “sekumpulan penghibur yang terdiri daripada akrobat, badut serta binatang terlatih yang menjelajah dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat persembahan.”

Beliau barangkali merujuk kepada perangai segelintir ahli-ahli Parlimen yang menghadiri Sidang Parlimen yang bermula semalam. Apa yang beliau lihat itu adalah pengulangan apa yang pernah berlaku dalam sidang-sidang sebelum ini iaitu satu “pertunjukan sarkas” yang disaksikan secara langsung oleh berjuta-juta penonton di rumah.

Pertunjukan tersebut bermula sejurus selepas Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul berucap. Belumpun sempat YDPR bercakap ahli Parlimen mula beraksi. Mereka membangkitkan tentang Peraturan Mesyuarat.

Sampai kepada satu tahap, segelintir ahli-ahli Parlimen kerajaan sendiri menjadi begitu keterlaluan apabila memekik-mekik ketika rakan-rakan mereka yang lain. Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri pun turut meminta ahli-ahli Parlimen Hulu Langat parti AMANAH (PH) duduk tapi dia masih terjerit-jerit dengan kata-kata makian beruk, beruk beruk.

Rakaman video perbuatan mereka itu tular dengan begitu cepat dalam pelbagai platform media sosial dan menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan ia sebagai biadab dan tidak tahu menghormati sidang parlimen.

Suasana yang sama juga terus berlaku pada sesi esok, walapau PM10 menukar rentak perbahasan menjadi alim (ANWAR NI BOLEH BERUBAH APA BENTUK... Tok Sami pun dia boleh lakon) dan menyalahkan pembangkang dalam banyak hal.

Gelagat ahli-ahli Parlimen ini memang menghiburkan. Mereka secara tiba-tiba menjadi sekumpulan penghibur kepada berjuta-juta rakyat Malaysia walaupun mereka bukan akrobat, badut atau binatang terlatih yang menjelajah dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat persembahan

1media.my

Selasa, 20 Disember 2022

Anwar teruskan pemberian tunai, dibayar bulan Januari

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberikan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

Selain itu, 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah akan diberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu berkata, satu juta pesara kerajaan pula akan diberikan bantuan tunai sebanyak RM350.

“Kerajaan Perpaduan ini amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan
perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” kata Anwar ketika membuat pengumuman di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2002.

RUU itu membenarkan perbelanjaan sebanyak RM107,718,678,650 dikeluarkan bagi perkhidmatan kerajaan untuk sebahagian tahun 2023.

Sementara itu, kerajaan akan menyediakan tawaran 50,000 peluang kerjaya secara kontrak pada 2023.

Anwar berkata, daripada jumlah itu 35,000 peluang pekerjaan disediakan oleh syarikat berkaitan kerajaan melalui program MySTEP.

Katanya, penyediaan peluang pekerjaan itu didorong oleh pelaksanaan program yang mengiktiraf gaji antara RM1,500 hingga RM2,100.- MalaysiaGazette

Penjawat awam dapat kenaikan gaji, bantuan khas

Anwar bentang Belanjawan 2023 bulan Februari

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2023 pada Februari depan.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan akan membentangkan belanjawan yang lebih baik dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan memperkukuhkan prestasi ekonomi.

“Dalam menangani cabaran kos sara hidup yang kian meningkat, kerajaan akan mengambil pendekatan yang lebih bersasar bagi melindungi rakyat susah serta pengusaha kecil.

“Dengan mengurangkan ketirisan subsidi kepada golongan mahakaya dan syarikat gergasi yang meraih keuntungan yang banyak.

“Sistem perlindungan sosial juga akan diperkukuh bagi melindungi golongan rentan dan mudah terjejas, termasuk golongan pekerja informal,” katanya.

Menteri Kewangan itu berkata demikan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2002 di Dewan Rakyat.

RUU itu membenarkan perbelanjaan sebanyak RM107,718,678,650 dikeluarkan bagi perkhidmatan kerajaan untuk sebahagian tahun 2023.

“Insya-Allah, inisiatif-inisiatif Belanjawan 2023 yang dibentangkan akan mencapai segala yang diharapkan rakyat dalam menyokong Kerajaan Perpaduan,” kata Anwar.

Menurutnya, melalui belanjawan itu, kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta bernilai tambah tinggi ke arah menjana peluang pekerjaan berkualiti bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Selain penyediaan insentif untuk sektor-sektor utama, pembaharuan sistem penyampaian awam akan diperhebat bagi memudahcarakan urusan perniagaan dan menangani karenah birokrasi.

Pelaburan awam pula akan diselaraskan bagi memajukan pembangunan yang inklusif khususnya dalam mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar serta antara wilayah, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Reformasi jentera pentadbiran awam juga diperlukan bagi meningkatkan integriti dan meningkatkan tatakelola demi mengoptimumkan sumber Kerajaan untuk manfaat rakyat.

Anwar berkata, keselamatan negara juga akan diperkukuh bukan sahaja aspek keselamatan sempadan tetapi juga dari perspektif jaminan makanan dan sumber tenaga.

Jelas beliau, usaha mempertingkatkan tahap sara diri pengeluaran makanan akan terus diutamakan dalam Belanjawan 2023 selaras dengan agenda kemampanan.

-MalaysiaGazette

Sampai bila rakyat mahu tonton sarkas Parlimen?

  Seorang rakan Facebook menulis: “On aje TV, rasa macam tengok sarkas pulak pagi ni!” Ringkas sahaja tulisannya. Setiap orang yang membaca ...